Conference Nusantara PGRI Kediri University, Seminar Nasional Pendidikan dan Pembelajaran Ke-2

Font Size: 
Pendidikan Berasaskan Komuniti: Pengalaman Pembelajaran bersama Masyarakat
Zanaton H Iksan, Sayyidah Nusaibah Mohd Salehudin

Last modified: 2019-03-29

Abstract


Pembelajaran Berasaskan Komuniti merupakan satu pendekatan pembelajaran melalui pengalaman. Perbincangan artikel ini berkaitan pengalaman penglibatan komuniti dalam sistem pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Makumat diperoleh menggunakan soalan terbuka sebagai instrumen bagi mendapatkan maklum balas daripada pelajar yang telah mengalami pembelajaran bersama masyarakat luar kampus. Seramai 160 pelajar tahun akhir diminta berkongsi maklumat mengenai komuniti yang disertai, masalah yang dihadapi dan kebaikan yang diperoleh semasa mereka melibatkan diri dengan komuniti. dikongsikan juga analisis subjek-subjek yang ditawarkan kepada pelajar sepanjang pengajian khususnya subjek yang ada kaitannya dengan penglibatan komuniti. Didapati sebahagian besar daripada subjek yang ditawarkan kepada pelajar menerapkan elemen Pembelajaran Berasaskan Komuniti. Pelbagai jenis komuniti yang terlibat sebagai jaringan dan kerjasama dengan universiti khususnya Fakulti Pendidikan. Penglibatan pelajar dalam masyarakat bukan sahaja memberi pengalaman yang baik, sebaliknya mereka berhadapan juga dengan pelbagai masalah dari aspek kewangan, pentadbiran, perjalanan program dan pelbagai lagi. Namun, semua pengalaman yang diperoleh merupakan ilmu yang tidak diperolehi dalam subjek yang dipelajari dalam kuliah. Oleh itu, pembelajaran berasaskan komuniti dapat memberi peluang kepada pelajar dalam mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari ke dalam situasi sebenar dan mengilap kemahiran insaniah (soft skill) mereka

Keywords


Pendidikan Komuniti, Kemahiran Insaniah, Masyarakat, pengajian tinggi

Full Text: PDF
LPPM Server - Powered by BSI