Conference Nusantara PGRI Kediri University, Seminar Nasional Pendidikan dan Pembelajaran Ke-2

Font Size: 
KESEDIAAN GURU SAINS MELAKSANAKAN KURIKULUM 2013 PADA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Setia ErLila, Lilia Halim

Last modified: 2018-09-29

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan guru sains melaksanakan kurikulum 2013
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesediaan dilihat daripada tahap
pengetahuan guru, kemahiran pelaksanaan, sikap guru, dan persepsi guru terhadap sistem
sokongan sekolah dalam melaksanakan K-13. Kajian kualiatif dijalankan pada 108 sekolah
menengah pertama di provinsi Sumatera Barat. Bilangan responden kajian seramai 208
orang guru terdiri daripada guru fizik, biologi dan kimia. Tahap pengetahuan guru berada
pada tingkat sederhana dengan skor min 3.08 (S.P = 0.66), tahap kemahiran pelaksanaan
K-13 berada pada tahapan sederhana dengan skor min 2.89 (S.P = 0.87), sedangkan tahap
sikap guru dan persepsi guru berada pada tahapan tinggi dengan skor min 3.76 (S.P = 0.57)
dan 3.95 (S.P = 0.69). Dapatan kajian memperlihatkan bahawa kesediaan guru dalam
melaksanakan K-13 berada pada tahapan yang sederhana. Oleh sebab itu, salah satu
implikasi yang dicadangkan dalam meningkatkan kesediaan guru sains melaksanakan K-
13 adalah merancang pelbagai taklimat yang boleh meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan guru tentang K-13.

Keywords


K-13, PdP sains, kurikulum, kesediaan guru

Full Text: PDF
LPPM Server - Powered by BSI